fb fb fb fb fb

Kerajaan kekal tegas dan konsisten bela hak wanita- Anwar

KUALA LUMPUR, 8 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan kekal tegas dan konsisten dalam membela hak wanita serta memastikan kebijakan didirikan dalam menjamin setiap sudut hak kalangan wanita terus diperteguh.

Menerusi kenyataan dalam Facebook rasminya sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa, Anwar turut menyatakan Sambutan Hari Wanita diadakan sebagai menghargai peranan serta tanggungjawab golongan wanita dalam membangun tamadun dan masyarakat.

"Selain memastikan kaum wanita diberi tempat yang selayaknya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang mampan", kata Anwar menerusi kenyataan berkenaan.

Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran di Facebooknya, Anwar turut menggesa agar Malaysia berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya.

"Apa jua bahasa dituturkan, di mana sahaja kita berada sambil menyantuni kebhinekaan kaum, budaya dan agama, jangan sesekali lupa peranan kita untuk mengangkat martabat dan darjat Malaysia", katanya dalam hantaran berkenaan.

Anwar turut menyeru agar rakyat menjadikan negara ini lebih hebat dan membanggakan untuk diwarisi anak cucu-cicit pewaris negara.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD