fb fb fb fb fb

KWAP dijangka rekodkan RM6 bilion nilai pelaburan tahun ini

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 4 Disember-Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dijangka merekodkan sekurang-kurangnya RM6 bilion nilai pendapatan pelaburan tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim berkata ia hasil mandat yang diberikan kerajaan kepada badan berkenaan untuk mencapai pulangan pelaburan secara optimum, bertujuan meningkatkan dana caruman.

"Kerajaan memberikan mandat kepada KWAP untuk mencapai pulangan pelaburan optimum untuk meningkatkan pertumbuhan dana KWAP membantu kerajaan dalam pembiayaan kos dan faedah persaraan kepada pesara sektor awam.

"KWAP sebenarnya tidak bayar dividen kepada kerajaan. Bagaimanapun, dana terkumpul KWAP boleh digunakan untuk tujuan pembiayaan tanggungan tahunan kerajaan bagi kakitangan awam menerusi mekanisma pengeluaran dana seperti tertakluk dalam peruntukan sub seksyen 13(5) Akta 662.

Sim menjawab pertanyaan Senator Mohd Hasbie Muda mengenai usaha kerajaan memastikan KWAP mencapai tahap mandiri.

Secara keseluruhannya, KWAP mencatatkan rekod purata pendapatan pelaburan sebanyak RM6.7 bilion pada 2018 hingga 2022.

Kerajaan dijangka membelanjakan sebanyak RM3 bilion bagi kos persaraan penjawat awam tahun ini

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD