KUANTAN, 6 Julai- Sebanyak RM58 billion telah dibelanjakan untuk bantuan rakyat .
Ia melibatkan beberapa projek seperti tembatan banjir, memperbaiki sistem pengairan, meningkatkan mutu hasil padi dan lain-lain di beberapa negeri.
Tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan MADANI sentiasa peka dalam meningkatkan ekonomi rakyat dan ia bukan sepak teranjang dalam politik semata -mata.
"Subsidi bantuan kepada rakyat untuk Sumbangan Tunai Rahmah RM10 bilion satu tahun yang kita hantar langsung kepada rakyat ini, penambahan daripada sebelum ini untuk petani, nelayan untuk pekebun kecil ke mana ada projek-projek besar yang terpaksa dilaksanakan seperti tebatan banjir Terengganu, Kelantan, Johor, Kedah, Sabah menghadapi banjir jadi terpaksa dibelanjakan puluhan bilion,"katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dalam Program MADANI Rakyat Zon Timur di Kuantan, Pahang.