fb fb fb fb fb

Kerajaan amal pendekatan Strategi Hasil Jangka Sederhana

Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR, 2 April- Kerajaan mengamalkan pendekatan Strategi Hasil Jangka Sederhana dengan perancangan hasil dan cukai mengambil kira tempoh jangka sederhana iaitu bagi tiga tahun ke hadapan bermula tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata pendekatan itu selaras dengan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

Menurutnya, pendekatan terbaharu ini dijangka berupaya memperkasa perancangan dasar, pentadbiran dan rangka perundangan percukaian di Malaysia.

"Pada masa ini, Kerajaan terus komited memperkemas dan menstruktur semula rangka percukaian semasa bertujuan untuk meningkatkan hasil negara bagi memenuhi keperluan perbelanjaan Kerajaan terutamanya bagi menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kepada rakyat," katanya ketika menjawab soalan daripada Senator Datuk Ahmad Ibrahim di Dewan Negara.

Soalan yang dikemukakan berkenaan cadangan kerajaan untuk melaksanakan penyelarasan dan penelitian semula terhadap kesemua cukai yang sedia ada kepada satu sistem percukaian yang telus dan tidak merumitkan selain tidak membebankan rakyat dengan lambakan cukai-cukai yang baru diperkenalkan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI