Kerajaan adakan rundingan pastikan bekalan minyak mencukupi – PM

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Kerajaan mengadakan rundingan dengan Petronas dan syarikat minyak lain bagi memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Harga bahan api terus menjadi keutamaan dan perlu ditangani secara telus berasaskan fakta.
  • Rakyat harus menjadi yang terakhir dibebani, kerajaan akan menangani isu ini terlebih dahulu.
  • Kerajaan bersetuju meneruskan langkah-langkah sewajarnya bagi melindungi kepentingan rakyat dalam jangka sederhana.
  • Perdana Menteri menyeru rakyat mengetepikan perbezaan ideologi dan menyokong dasar pemulihan ekonomi demi kestabilan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu harga bahan api terus menjadi keutamaan dan perlu ditangani secara telus berasaskan fakta.

“Selepas berbincang dengan Petronas dan syarikat minyak yang lain, barulah kami sedar untuk masa satu bulan atau lebih, kami masih boleh membendungnya.

“Rakyat harus menjadi yang terakhir untuk dibebani dengan isu ini, kita harus menanganinya terlebih dahulu,” katanya demikian ketika menjadi moderator dalam Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 9 Memacu Ekonomi Malaysia: Peranan Sektor Kewangan dan Reformasi Struktur Dalam Mendepani Ketidaktentuan Geopolitik Global di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia hari ini.

Beliau berkata, kerajaan turut bersetuju meneruskan langkah-langkah sewajarnya bagi melindungi kepentingan rakyat dalam jangka sederhana.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyeru rakyat Malaysia mengetepikan perbezaan ideologi politik dan memberi tumpuan kepada usaha bersama menangani cabaran ekonomi.

Tambah beliau, kepentingan sokongan semua pihak terhadap dasar yang memulihkan ekonomi serta mengelakkan perbalahan, termasuk di media sosial, demi kestabilan negara.#