fb fb fb fb fb

Keputusan tuan rumah Sukan Komanwel 2026 esok- Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 21 Mac - Keputusan sama ada Malaysia bersetuju menjadi tuan rumah  Sukan Komanwel (SUKOM) 2026 masih belum dimuktamadkan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata keputusan tersebut hanya akan ditentukan oleh jemaah Kabinet yang dijadualkan esok.

Menurut Hannah, kepentingan rakyat perlu menjadi keutamaan sebelum keputusan menjadi tuan rumah dimuktamadkan.

"Apa yang pasti KBS sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

"Kita tidak akan sama sekali membazirkan wang pembayar cukai sekalipun bersedia untuk menganjurkannya. Kita akan memastikan pendekatan konservatif diambil setiap kali melibatkan duit rakyat.

"Saya percaya keputusan bakal diambil oleh jemaah menteri akan mengutamakan kepentingan negara tanpa membelakangkan rakyat selari dengan agenda utama Kerajaan Madani", kata Hannah ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang ingin mengetahui tentang pendirian kerajaan Malaysia berkaitan tawaran untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD