fb fb fb fb fb

Keputusan SPM 2023 boleh disemak Isnin ini

KUALA LUMPUR, 23 Mei- Semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 boleh menyemak keputusan masing-masing bermula pukul 10.00 pagi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau secara dalam talian pada Isnin ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi satu hantaran di Facebook berkata, semakan melalui SMS boleh dibuat dengan menaip SPM Nombor Kad Pengenalan Angka Giliran dan hantar ke 15888.

"Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2023. Semakan dalam talian boleh dibuat menerusi laman sesawang myresultspm.moe.gov.my," katanya menerusi hantaran itu.

Sementara itu, mereka yang tiada akses capaian internet boleh hadir sendiri ke sekolah masing-masing bagi mendapatkan keputusan.

Sebelum ini KPM memaklumkan keputusan peperiksaan SPM 2023 akan diumumkan pada 27 Mei dan calon boleh mendapatkan keputusan bermula pukul 10.00 pagi.

aidan