Keputusan peperiksaan STAM diumum 5 Februari

Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan itu daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi

KUALA LUMPUR, 31 Januari – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 akan diumumkan pada 5 Febuari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan STAM 2025 diumumkan pada 5 Februari mulai pukul 10.00 pagi.
  • Semakan boleh dilakukan di sekolah, jabatan pendidikan negeri atau dalam talian di myresultstam.moe.gov.my.
  • Sistem SMS 15888 diaktifkan 5–11 Feb (10 pagi–6 petang) untuk semakan menggunakan No KP dan Angka Giliran.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan itu daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh sama.

Bagi calon persendirian pula, mereka boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

“Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan secara dalam talian menerusi pautan http://myresultstam.moe.gov.my/ mulai 5 Feb (10 pagi) hingga 11 Feb (6 petang),” menurut KPM.

Calon juga boleh menghantar sistem pesanan ringkas dengan menaip STAM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) Angka Giliran dan hantar ke 15888, iaitu sistem tersebut akan diaktifkan mulai 5 Feb (10 pagi) hingga 11 Feb (6 petang).

KPM turut mengingatkan pihak sekolah agar memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2025 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.

Sebanyak 4,443 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan