JASIN, 13 Februari- Kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka turun melawat satu-satunya mangsa terselamat daripada kebakaran mengorbankan lima sekeluarga di Kampung Berangan Enam, Umbai, awal pagi tadi.
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr. Mohd Ali Mohd Rustam diiringi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menziarahi Muhammad Khairuddin Saari, 35 tahun, bapa dan suami kepada korban kebakaran berkenaan mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Jasin.
Dalam lawatan berkenaan Ab Rauf mewakili kerajaan negeri menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Khairuddin.
Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada Muhammad Khairuddin dan mendoakan mangsa tabah atas kehilangan lima ahli keluarga dalam sekelip mata.
Turut hadir dalam lawatan berkenaan, Exco Kanan negeri, Datuk Rais Yasin dan Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Siti Faizah Abdul Azis.
Lima sekeluarga berkenaan maut dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai, awal pagi tadi.
Mangsa merupakan Laila Fatinah Mustapa, 35; Nur Damia Badrisya (13); Izz Dafa Hafizuddin (7); Nur Dalila Khatijah (5); dan Izz Dani Fati (2).
BERITA BERKAITAN: