fb fb fb fb fb

Keperluan RUU berkait teknologi AI sedang dinilai

Datuk Ugak Anak Kumbong

KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Kementerian Digital sedang menilai keperluan satu rang undang-undang (RUU) khusus berkait dengan teknologi kecedersasan buatan (AI).

Timbalan Menteri Digital Datuk Ugak Anak Kumbong berkata, RUU membabitkan penguatkuasaan dalam mengawal selia serta memastikan keselamatan serta pematuhan hak asasi berkait AI.

Ketika ini, kementerian itu turut berkerjasama dengan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam menyediakan garis panduan dan kod etika dalam menghadapi pelaksanaan teknologi berkenaan.

"Garis panduan tersebut bertujuan dalam memastikan setiap langkah yang diambil selaras dengan prinsip etika melalui pematuhan terhadap tujuh prinsip AI, keselamatan, kebebasan dan hak asasi  manusia dalam penggunaan teknologi ini.

"Kerajaan juga akan mengariskan pelan tindakan AI Kebangsaan 2026-2030 dalam tempoh 12 bulan akan datang yang merupakan kesimbnambungan daripada Pelan Tindakan 2021-2025," katanya.

Beliau menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkenaan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian Digital dalam menghadapi cabaran etika, peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan teknologi baharu muncul seperti AI, rantaian blok (Blockchain), pengkomputeran awan (cloud computing) dan teknologi kuantum (quantum technology).

Dalam pada itu penglibatan wanita dalam AI semakin meningkat menerusi program diwujudkan bertujuan memperkukuhkan peranan golongan itu dalam teknologi berkenaan.

"Kita ada program iaitu dari Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) women in text Malaysia berkerjasama dengan MDEC untuk meningkatkan penyertaan wanita kita dalam pendidikan teknologi.

"Program mentor wanita untuk wanita akan memperkasakan lebih 1,000 wanita muda. Pada tahun ini sahaja AI untuk rakyat satu program yang hebat dalam talian ini akan melibatkan lebih 1.3 juta dalam tempoh sembilan bulan dengan 52 peratus daripada 1/3 juta itu adalah wanita," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI