fb fb fb fb fb

Kepengerusian ASEAN: RTM mampu laksana tugas dengan cemerlang - Fahmi

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 23 Januari- Kementerian Komunikasi optimis Radio Televisyen Malaysia (RTM) mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai penyiar rasmi ASEAN dengan cemerlang.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menyatakan bahawa peranan itu bertepatan dengan revolusi yang sedang berlaku dan selaras dengan aspirasi kerajaan.

Jelasnya, kerajaan akan terus memastikan media di Malaysia kekal bebas dan berkeupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang, khususnya sepanjang tempoh Kepengerusian ASEAN 2025.

"Sempena Kepengerusian ASEAN dalam konteks ini BERNAMA sebagai official media dan RTM sebagai penyiar rasmi perlu memainkan peranan dan saya percaya akan diusahakan dengan baik," katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata industri media ketika ini berhadapan cabaran termasuk perbelanjaan pengiklanan yang berkurangan.

Fahmi berkata, ia berikutan syarikat kini beralih membelanjakan dana iklan mereka untuk digunakan di platform media sosial.

Isu berkenaan turut menjadi fokus perbincangan bersama media dari negara ASEAN bersempena dengan Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM