fb fb fb fb fb

Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia bawa visi masa depan lebih jelas, fokus pendekatan inklusif

FOTO FACEBOOK PERDANA MENTERI, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 14 Oktober- Malaysia dengan bangganya akan memimpin Kepengerusian ASEAN 2025 dengan visi masa depan yang lebih jelas dan memberi fokus kepada pendekatan yang inklusif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran Facebook menyatakan komitmen Putrajaya untuk memastikan setiap suara itu penting dan tiada mana-mana pihak yang akan dipinggirkan.

Tambah Datuk Seri Anwar, kemampanan akan menjadi panduan ke arah mencipta masa depan yang lebih cerah untuk semua pihak.

Di bawah Visi Komuniti ASEAN 2025, satu lembaran baharu akan bermula.

Ini menandakan permulaan kepada perjalanan 20 tahun di mana sebuah perjalanan untuk kita bersama-sama bangkit membentuk masa depan diimpikan.

Pada akhir tahun ini hingga tahun depan, Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk beberapa mesyuarat utama ASEAN dan beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat, China, Korea Selatan, Jepun, Eropah, India, Australia dan New Zealand.

Manakala, pada Mei tahun depan, negara akan menganjurkan Persidangan ASEANGCC+China yang meliputi kesemua negara ASEAN, enam negara Teluk termasuk Bahrain, Oman, Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan Emirirah Arab Bersatu serta China.

Trainee2