fb fb fb fb fb

Kenderaan terbenam dipercayai akibat tanah mendap di Changlun

FOTO ORANG AWAM

CHANGLUN, 8 Januari- Beberapa kenderaan terbenam atas jalan berbatu yang masih belum diturap di Jalan Bendang Cheruk, Changlun, Kedah dipercayai akibat mendapan tanah.

Penduduk mendakwa kejadian dipercayai berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaran di laluan tersebut.

Syarikat Air Darul Aman SADA ketika dihubungi memaklumkan projek terbabit bukan projek yang dijalankan syarikat mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Penguasa Polis (SUPT) Mohd Redzuan Salleh berkata, pihaknya menerima satu aduan berkaitan kerosakan kenderaan bagi merujuk kepada syarikat kontraktor.

Terdahulu, tular di media sosial kelihatan dua buah kereta dan sebuah motosikal terbenam di atas laluan tar tidak berturap di Kampung Bendang Cheruk.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE