(Foto hiasan)
KUALA LUMPUR, 12 Jun- Kenderaan muatan berat melebihi had menjadi antara punca jalan persekutuan di negara ini kerap rosak dan berlubang.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata tindakan itu juga mengakibatkan daya tahan jalan terkesan meskipun pelbagai inovasi telah digunakan termasuk dari segi turapan bagi memastikan ketahanan permukaan jalan.
(Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad)
"Kawasan berlubang disebabkan kenderaan berat melalui kawasan tersebut yang terpaksa, yang kawasan itu kita telah kenal pasti bahawa kawasan itu 'basement' telah tidak kuat dan dalam jangka masa pendek sahaja jalan berlubang (potholes) akan merebak kembali menjadi lebih besar", katanya dalam sesi Dewan Rakyat.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim.
Sehingga April 2023 sebanyak 2,138 bilangan jalan berlubang (potholes) ditampal berdasarkan laporan tampalan lubang di Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia.