Kenderaan asing tanpa ICP berdepan tindakan tegas

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Ramli /Foto FB JPJ Negeri Perlis

KANGAR, 10 Mac– Kenderaan asing yang tidak memiliki Permit Edaran Antrabangsa (ICP) yang sah dan memasuki Malaysia menerusi pintu sempadan akan berdepan tindakan tegas.

RINGKASAN BERITA AI
  • ICP sah 90 hari bagi kenderaan persendirian; pematuhan tempoh itu diwajibkan.
  • Pemandu asing mesti menjelaskan tunggakan saman dan lengkapkan semua dokumen perjalanan sebelum memasuki Malaysia.
  • Tindakan sitaan dan tindakan tegas dikenakan pada kenderaan tanpa ICP lebih 2 kilometer dari sempadan; tiada kompromi.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Ramli berkata, pematuhan terhadap peraturan itu adalah diwajibkan dengan tempoh sah ICP iaitu 90 hari untuk kenderaan persendirian.

Beliau turut menegaskan, mana-mana pemandu kenderaan asing yang mempunyai tunggakan saman supaya menjelaskan terlebih dahulu saman tersebut serta memastikan semua dokumen perjalanan lengkap sebelum memasuki Malaysia.

Tindakan sitaan akan dilaksana sekiranya gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

‘Pihak kami tidak akan berkompromi dengan mereka yang melanggar peraturan. Kenderaan yang tidak mempunyai ICP dan berada lebih 2-kilometer daripada sempadan akan dikenakan tindakan,” katanya selepas Majlis Jalinan Ukhwah Ramadan Bersama Pengurusan JPJ Perlis, Ketua-Ketua Jabatan dan Media di Kompleks JPJ Negeri Perlis.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan tazkirah Ramadan dan berbuka puasa.