KUALA LUMPUR, 13 Mac- Malaysia tidak akan terjejas dengan isu kenaikan tarif yang dikenakan ke atas negara-negara BRICS.
Menurut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong, Malaysia kini masih belum rasmi menjadi negara anggota BRICS.
Sebaliknya, berstatus negara rakan kongsi BRICS sejak 1 Januari 2025.
"Dalam hubungan ini, secara teknikal, ancaman ini tidak ditujukan secara terus kepada Malaysia.
Sekiranya kenaikan tarif ini dilaksanakan, terdapat kemungkinan bahawa ia tidak memberi impak secara langsung kepada Malaysia yang belum menjadi negara anggota BRICS," kata Liew di Parlimen, hari ini.
Tahun lalu, 81.72 peratus daripada perdagangan Malaysia masih menggunakan dolar Amerika Syarikat (AS).
Mata wang itu masih memainkan peranan yang besar dalam sistem kewangan dunia manakala 3.51 peratus menggunakan mata wang renminbi.