fb fb fb fb fb

Kenaikan tarif air baharu tidak akan bebankan rakyat Negeri Sembilan - Aminuddin

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun/FOTO BERNAMA

SEREMBAN, 23 November - Kerajaan Negeri Sembilan memberi jaminan kenaikan tarif air baharu tidak akan membebankan rakyat.

Menurut Menteri Besarnya Datuk Seri Aminuddin Harun, kenaikan itu akan memberi timbal balik melalui perkhidmatan air yang akan diperkemaskan dalam jangka masa panjang dan subsidi turut dikekalkan bagi pemegang akaun domestik.

"Kita juga ingin lihat pembangunan air ini bukan sahaja seperti yang ada sekarang; kita lihat ada kadang-kadang komen orang ramai, orang selalu komen kita isu air bocor tidak sampai tetapi untuk kita berbelanja kita tidak mepunyai kekuatan daripada segi keuntungan itu sendiri," kata Aminuddin kepada pemberita, selepas merasmikan Majlis Anugerah Apresiasi Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, di sini.

Beliau mengulas berhubung keputusan kerajaan untuk mengkaji kenaikkan tarif air domestik berikutan tarif air terlalu rendah berbanding penggunaannya.

Di Negeri Sembilan, kerajaan negeri menyediakan subsidi 50% bagi 20 meter padu pertama dengan harga RM0.55 sen berbanding kos sebenar RM1.10.

Kali terakhir tarif air dinaikkan adalah pada 20 tahun lalu.

TETITIA YUSOFF