KUALA LUMPUR, 4 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa kenaikan kadar tarif elektrik yang akan berkuat kuasa pada Julai ini tidak akan menjejaskan 85 peratus rakyat.
Menurut Anwar, ia hanya membabitkan sektor industri dan semakan akan dilaksanakan berdasarkan kaedah Pelepasan Kos-Kos Tidak Berimbang (ICPT).
"Saya nak jelaskan sini, ini kenyataannya. Apa yang disebut oleh TNB (Tenaga Nasional Berhad) secara umum, saya tegaskan semula bahawa kenaikan kadar elektrik untuk industri akan berlaku mengikut kaedah ICPT mulai Julai.
"85 peratus rakyat tidak akan terkesan dengan kenaikan ini," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Dewan Rakyat, di sini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memberi jaminan bahawa sebarang kenaikan tarif elektrik pada separuh kedua tahun ini tidak akan membebankan pemain industri.
BERITA BERKAITAN: