fb fb fb fb fb

Kenaikan gaji penjawat awam, naik taraf kumpulan bawah had PGK

Foto hiasan

KUANTAN, 3 Mei- Lebih 800,000 penjawat awam di negara ini tergolong dalam kumpulan penerima gaji lebih rendah, dan berada bawah Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) kata Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Industri Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA) Dr Khairunnisa Abdul Aziz.

Kenaikan gaji lebih 13 peratus yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lepas, amat bertepatan bagi meningkatkan taraf hidup selain mengurangkan jumlah penjawat awam yang berada bawah PGK.

Pelarasan baharu itu juga dilihat akan meningkatkan produktiviti serta prestasi penjawat awam untuk lebih bermotivasi.

"Usaha ini membantu mereka untuk mengurangkan bilangan dalam kategori bawah pgk ini. Apabila berlaku peningkatan gaji akan berlaku peningkatan produktiviti ataupun prestasi, tetapi ini perlu disokong oleh faktor-faktor lain seperti pengurusan prestasi yang baik dan tingkahlaku individu itu sendiri.

"Mereka lebih komited dan lebih bermotivasi untuk bekerja setelah menerima peningkatan gaji itu," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, pelarasan gaji penjawat awam akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 billion pada Disember depan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI