fb fb fb fb fb

Kenaikan gaji penjawat awam, ambil kira prestasi dan kewangan negara - PM

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 7 Mei- Usah persoal mahupun memperlekeh usaha kerajaan menaikkan gaji penjawat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu dipertimbang setelah kajian dasar dilakukan, mengambilkira prestasi hasil serta kemampuan sumber kewangan negara.

"Kita dalam dunia politik, masyarakat, media sosial tidak boleh elak semua pandangan-pandangan. Namun, saya minta kita beri tumpu kerana sudah sampai waktu, gesaan kita dan harapan kita bahawa Malaysia ini kita angkat daripada segi keyakinan pelabur, keupayaan menjadi satu negara maju. Menerusi penguasaan teknologi baru digital dan juga AI."

"Ia mendapat sambutan yang baik. Baru-baru ini, Microsoft dan keputusan Microsoft itu adalah pelaburan besar," kata Anwar kepada pemberita berucap dalam Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, di sini.

Beliau optimis Malaysia sedang mendaki pertumbuhan ekonomi yang pesat ketika ini daripada sektor pelaburan asing, khususnya dalam bidang teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM