fb fb fb fb fb

Kemudahan pintu masuk automatik, KDN tambah 36 negara berisiko rendah

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA, 16 Mei - Pengunjung dari 36 negara berisiko rendah akan dibenar menggunakan kemudahan pintu masuk automatik (autogate) bagi urusan ketibaan dan kepulangan di semua pintu masuk negara sama ada melalui darat, udara atau laut berkuat kuasa 1 Jun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata senarai tersebut menjadi tambahan kepada 10 negara yang sudah menikmati kemudahan itu sebelum ini.

"Saya yakin inisiatif ini akan membolehkan pemeriksaan imigresen di pintu masuk negara akan dapat dipermudah dan dipercepatkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), di sini.

Antara 36 negara yang dibenarkan menggunakan kemudahan pintu masuk automatik itu ialah semua negara dari Kesatuan Eropah, Bahrain, Kuwait, Jordan, Oman, Qatar, China, Kanada, Hong Kong dan Taiwan.

Saifuddin memberi jaminan penggunaan sistem automasi itu tidak akan menjejaskan keselamatan negara memandangkan maklumat masih diperolehi dan direkodkan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN