fb fb fb fb fb

Kemudahan peranti digital sekolah ditambah, tumpu luar bandar- Exco Johor

Kemudahan peranti digital sekolah ditambah, tumpu luar bandar- Exco Johor

JOHOR BAHRU, 23 Mei- Kerajaan Johor menambah kemudahan peranti digital di 30 buah sekolah luar bandar bagi memperkasa penyampaian sistem pembelajaran, menerusi insiatif Kelas Bestari Bangsa Johor 2.0.

Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri, Aznan Tamin berkata, usaha itu melibatkan sumbangan daripada Yayasan Raja Zarith Sofiah, menyediakan papan pintar kepada sekolah – sekolah terbabit.

Beliau berkata sebanyak 17 sekolah rendah telah dibekalkan dengan kemudahan Kelas Hybrid iaitu membolehkan gabungan sesi pembelajaran bersemuka, menerusi platform pembelajaran dalam talian.

"Sempena dengan Sambutan Hari Guru Negeri Johor, untuk seluruh warga pendidik seluruh Johor, kita raikan semua guru untuk beri galakan dan sokongan kepada guru-guru di seluruh negeri Johor," katanya pada Majlis Apresiasi Warga Pendidikan Johor di sini, hari ini.

Aznan berkata pihaknya juga menzahirkan komitmen, untuk meneruskan usaha bagi memaksimumkan potensi teknologi dalam pendidikan negeri.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa
Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) sedang meneliti kaedah bagi memberikan kaunseling kepada pelajar yang terlibat dengan pembelajaran di rumah.

Katanya, langkah tersebut bagi membolehkan pelajar terbabit hadir ke sekolah untuk menerima pendidikan sebenar.

"Pada masa sama, JPNJ akan sentiasa berhubung, bukan sahaja kepada mereka tetapi ramai lagi pelajar – pelajar yang ketinggalan. Kita akan terus memberi fokus dan galakan kepada mereka untuk ke sekolah," ujarnya.

aidan