BATU PAHAT, 28 April- Kempen menyemak arah kiblat akan digerakkan seluruh Johor bermula minggu depan.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata fasa pertama melibatkan premis-premis kerajaan dan sekolah, di semua 10 daerah negeri itu.
Kempen bagi memastikan arah kiblat di semua premis termasuk kiosk perniagaan tepat.
Ia akan digerakkan jawatankuasa khas dianggotai pelbagai pihak termasuk Jabatan Agama Islam Johor.
"Permulaannya kita akan utamakan dulu premis-premis kerajaan dan juga sekolah-sekolah kita yang memang menjadi tempat tumpuan awam.
"Kemudian baru kita menyebar ke rumah persendirian termasuk rumah di kampung, taman ia mengambil masa panjang tapi tidak apa, biar ia jadi kesedaran," katanya di sini.
(Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid)
Setakat ini, tiada lagi laporan diterima berhubung salah kiblat namun masyarakat disaran membuat semakan dan menghubungi jabatan agama jika terdapat kekeliruan.