fb fb fb fb fb

Kempen LTW 2024, MAHB sasar jualan melebihi RM200 juta

Pengurus Besar Kanan, Perniagaan Komersial Malaysia Airports, Hani Ezra Hussin

KUALA LUMPUR, 17 Julai - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menyasarkan peningkatan jualan melebihi RM200 juta menerusi kempen "Licence To Win" (LTW) 2024 pada edisi ke empatnya tahun ini.

Pengurus Besar Kanan, Perniagaan Komersial Malaysia Airports, Hani Ezra Hussin berkata kempen bertujuan membantu memacu jualan kepada peruncit di lapangan terbang.

"Objektif kita kali ni ialah kita nak pelanggan atau pengunjung yang datang ke lapangan terbang untuk menikmati kedai baru yang kami sediakan, ada jenama baharu yang mungkin selama ini tak pernah jumpa atau tahu . Satu untuk merasai, satu lagi kita nak bagi ganjaran setelah lama kedai agak suram. Sekarang inilah masanya untuk berbelanja," katanya.

Tahun ini pengunjung berpeluang memenangi hadiah utama baucar tunai bernilai RM1 juta berbanding hadiah kereta mewah yang ditawarkan pada edisi-edisi sebelum ini.

Pengunjung hanya perlu berbelanja RM350 di mana-mana kedai di lapangan terbang antarabangsa dalam negara untuk menyertai LTW 2024.

Kempen bermula dari 1 Julai hingga 31 Disember 2024.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN