fb fb fb fb fb

Kempen jenayah seksual dalam talian usaha lindung kanak-kanak

(Datuk Seri Rina Harun melancarkan Kempen
Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak)

PUTRAJAYA, 4 September- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun melancarkan Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak di, Putrajaya.

Ia merupakan usaha untuk terus melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi jenayah seksual dalam talian.

Menurutnya, kementerian telah memperkenalkan kaktus sebagai lambang kebersamaan ahli komuniti dan kerajaan menangani isu jenayah seksual kanak - kanak di media sosial.

Beliau turut memaklumkan maklumat daripada pihak PDRM menunjukkan sejumlah 106,764 Protokol Internet atau dikenali sebagai 'IP address' yang berdaftar di Malaysia telah membuat perkongsian pornografi terhadap kanak-kanak sejak tahun 2017 sehingga Ogos tahun ini.

Pihak kementerian menyeru masyarakat sekiranya mengetahui atau mengesyaki apa-apa kes eksploitasi terhadap kanak-kanak untuk segera membuat laporan kepada pihak PDRM ataupun menerusi Talian Kasih 15999.

Aplikasi Whatsapp juga boleh dicapai menerusi nombor 019-2615999 yang beroperasi 24 jam ianya sebagai menjaga kebajikan dan kesejahteraan golongan itu supaya terus dijaga.


(Datuk Seri Rina Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)



Media Baharu