Kempen Internet Selamat diperkasa, lebih 9,600 program kesedaran seluruh negara

Datuk Fahmi Fadzil meluangkan masa menghadiri Program Hari Bersama Komuniti (HBK) NADI Taman Desa Belantik, Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 16 Februari – Kempen Internet Selamat terus diperkasa bagi meningkatkan kesedaran penggunaan digital secara berhemah dalam kalangan masyarakat, khususnya kanak-kanak dan remaja.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kempen Internet Selamat diperkasa untuk tingkatkan kesedaran penggunaan digital secara berhemah, terutamanya untuk kanak-kanak dan remaja.
  • 9,666 program kesedaran dilaksanakan di seluruh negara, mencapai pelbagai lapisan komuniti sepanjang tahun lalu.
  • Perkhidmatan Pintar NADI merekodkan 1.4 juta penyertaan sehingga Disember, menunjukkan sambutan positif dan keperluan pembangunan kemahiran digital.
  • NADI menyediakan pendedahan keselamatan siber, meningkatkan literasi digital, kemahiran keusahawanan dalam talian dan akses perkhidmatan kerajaan digital.

Sepanjang tahun lalu, sebanyak 9,666 program kesedaran berjaya dilaksanakan di seluruh negara melibatkan pelbagai lapisan komuniti.

Perkhidmatan Pintar NADI merekodkan 1.4 juta penyertaan di seluruh negara sehingga Disember lalu, sekali gus mencerminkan sambutan positif serta keperluan berterusan komuniti terhadap pembangunan kemahiran digital.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menghadiri program Hari Bersama Komuniti (HBK) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Taman Desa Belantik, Johor Bahru.

Inisiatif NADI bukan sahaja memberi pendedahan keselamatan siber, malah membantu komuniti meningkatkan literasi digital, kemahiran keusahawanan dalam talian serta akses kepada perkhidmatan kerajaan secara digital.

Program seumpama ini akan terus diperluas bagi memastikan masyarakat lebih bersedia menghadapi cabaran ekonomi digital dan ancaman siber yang semakin kompleks.