fb fb fb fb fb

Kempen derma darah bergerak capai kejayaan, 700 paket darah berjaya dikumpul

BENTONG, 26 Oktober- Sekurang-kurang 700 paket darah berjaya dikumpul pada kempen bergerak sempena Hari Penderma Darah Sedunia 2022.

Kempen diadakan di 14 hospital daerah anjuran Persatuan Bantuan Masyarakat Malaysia (PBMM) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri bagi menambah kapasiti bank darah untuk keperluan kecemasan.


(Penasihat Persatuan Bantuan Masyarakat Malaysia (PBMM) Pahang,
Datuk Nashrul Mohd Mokhtar)

Penasihat Persatuan Bantuan Masyarakat Malaysia (PBMM) Pahang, Datuk Nashrul Mohd Mokhtar berkata, kempen bermula di Hospital Daerah Rompin, diikuti Bera dan Bentong.

"Sasaran kita setiap kali derma darah ini ialah sekurang kurangnya 50 beg darah. Disetiap program yang kita buat ini kita sasarkan sebab kita hendak mengalakkan orang untuk berani tampil. Kadang kadang terdapat stigma dan juga perasaan yang negatif bagi yang tidak derma darah. Derma darah ini tidak bahaya. Jadi berani datang dan kita jangkakan program ini adalah sebanyak 50 beg", katanya semasa Kempen Derma Darah sempena Hari Penderma Darah Sedunia 2022 di Hospital Bentong.

Promosi dan kempen berterusan akan dibuat supaya lebih ramai penderma menderma darah.

Media Baharu