fb fb fb fb fb

Kementerian Komunikasi prihatin, hulur sumbangan kepada kakitangan sempena Ramadan

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan kepada para petugas kementerian pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, Putrajaya, hari ini/BERNAMA

PUTRAJAYA, 20 Mac- Kelab Kebajikan Penerangan, Kementerian Komunikasi beri sumbangan kepada 20 penerima, pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi yang berlangsung di Putrajaya, petang tadi.

Sumbangan disampaikan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil kepada anak-anak serta warga Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) daripada golongan orang kurang upaya (OKU), pesakit kronik, anak yatim, dan ibu tunggal.

Datuk Fahmi kemudiannya meluangkan masa bersama-sama 200 warga kementerian menyertai majlis berbuka puasa, bagi mengeratkan hubungan dalam kalangan kakitangan kementerian sempena bulan Ramadan.  

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa serta Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.  

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM