fb fb fb fb fb

Kementerian Komunikasi peruntuk RM1.5 juta anjur kursus media

KUALA LUMPUR, 23 Mei- Sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan Kementerian Komunikasi menerusi Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPPTAR) bagi menganjurkan lebih 70 kursus berkaitan media dan penyiaran tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, 18 daripada semua kursus yang ditawarkan merupakan modul khusus berkaitan kecerdasan buatan (AI).

"Ini juga merupakan salah satu inisiatif bawah IPPTAR untuk membantu rakan-rakan media supaya mereka juga mempunyai peluang untuk belajar berkenaan teknologi terkini.

"Dalam kes ini, ia lebih kepada penggunaan AI dalam melakukan tugasan mereka. Saya harap kumpulan yang berminat boleh mengikuti pengumuman yang dibuat oleh IPPTAR supaya boleh mendaftar kursus-kursus yang berkaitan," katanya kepada pemberita selepas ucaptama di Micro-Credentials Education Summit 2024 di sini.

Setakat hari ini IPPTAR telah menganjurkan lapan kursus berkaitan AI dan ia memanfaatkan kira-kira 1,000 peserta dalam kalangan penggiat media.

Kesemua kursus-kursus yang ditawarkan terbuka kepada penjawat awam dan sektor swasta meliputi empat kelompok iaitu industri kreatif, komunikasi strategik, kejuruteraan penyiaran dan penyelidikan.

aidan