fb fb fb fb fb

Kementerian Komunikasi nasihat pengguna media sosial cakna berita palsu

KUALA LUMPUR, 23 Mei- Kementerian Komunikasi tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan peraturan komunikasi baharu bagi panggilan dan teks WhatsApp.

Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, ia merujuk kepada maklumat yang tular berhubung perkara itu.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu dan sentiasa menyemak kesahihan maklumat melalui portal Sebenarnya.my dan MyCheck Malaysia.

"Sebarang penyebaran berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," kata kenyataan itu.

aidan