fb fb fb fb fb

Kementerian Komunikasi cadang laksana Program Sekolah Penerangan

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (berdiri enam,kanan) menghadiri program Sembang Santai Komuniti MADANI Daerah Putatan/ BERNAMA

KOTA KINABALU, 19 Oktober- Kementerian Komunikasi bercadang melaksanakan Program Sekolah Penerangan dengan semua Komuniti MADANI di setiap negeri akan mengikuti program tersebut.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, ia bertujuan mendedahkan 1,878 Rakan Komuniti MADANI di seluruh negara berkaitan aspek komunikasi lebih berkesan bagi membolehkan mereka menjadi agen penyampaikan maklumat serta dasar-dasar kerajaan di peringkat akar umbi.

"...bukan hanya beramah mesra tapi menyampaikan sedikit pesanan tentang Belanjawan 2025 serta beberapa ikhtiar bawah Jabatan Penerangan (Japen) dan Kementerian Komunikasi termasuk hasrat menubuhkan program yang kita akan panggil Sekolah Penerangan.

"...yang mana semua Komuniti MADANI di setiap negeri akan menjalani program dengan Sekolah Penerangan. Nniatnya adalah untuk memastikan pasukan dalam Komuniti MADANI benar-benar memahami dasar kerajaan, program-program dan juga boleh membantu untuk menangkis dan menyangkal fitnah dan berita palsu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberti selepas Program Sembang Santai Bersama Komuniti Madani Parlimen Putatan, di Tanjung Aru.

Pada pertemuan itu, beliau turut meminta agar setiap Komuniti MADANI di seluruh negara sentiasa memberi set kemahiran kepada rakan Komuniti MADANI termasuk cara menyampaikan maklumat berkesan dan efisien.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI