fb fb fb fb fb

Kementerian Komunikasi akan lancar program jerayawara keselamatan dalam talian

Foto Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 10 Julai- Kementerian Komunikasi akan melancarkan program jerayawara keselamatan dalam talian.

Ia bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kesan buruk penggunaan internet.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata program itu juga bertujuan menimbulkan kesedaran berkenaan buli siber, keselamatan siber, selain perlindungan data peribadi.

"Kita perlu bermula di bangku sekolah.. pastikan anak-anak tahu, faham bahaya dan juga mungkin keupayaan media sosial.. tapi bagi kanak-kanak bawah umur 13 tahun, semua media sosial, platform media sosial melarang mereka daripada membuka akaun.

"Malangnya ramai kanak-kanak tidak tahu dan masalah paling besar yang kita hadapi sekarang ialah platform-platform ini tidak mengenakan apa-apa sekatan daripada segi umur," katanya kepada pemberita selepas program sumbangan topi keledar percuma kepada 150 murid di Sekolah Kebangsaan Bangsar.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM