fb fb fb fb fb

Kementerian Komunikasi akan budayakan amalan gaya hidup sihat - Fahmi

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 13 Disember- Kementerian Komunikasi akan membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam memastikan tahap kecergasan warga kementeriannya dapat dikekalkan.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, aktiviti itu juga dapat mengeratkan hubungan erat sesama kakitangan di bawah agensinya.

"Saya rasa ini satu peluang yang baik bukan hanya daripada segi kesihatan diri, lebih kurang beriadah dengan kawan-kawan pasukan daripada kementerian.

"Jadi ia satu peluang yang baiklah sambil kita jaga kesihatan, sambil rapatkan hubungan dan bagi saya ia sesuatu yang sangat positif.

"Saya sendiri akan luangkan masa untuk aktiviti-aktiviti ini," kata Fahmi selepas menyertai Program Senamrobik Bersama Warga Kementerian Komunikasi di Putrajaya.

Tambah Fahmi, beliau berharap agar aktiviti tersebut dapat diperluas di setiap agensi bawah kementeriannya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM