GEORGE TOWN, 13 Januari- Kementerian Digital akan terus memperkasa dan memperkukuh perusahaan, mikro kecil dan sederhana (PMKS) ke arah pendigitalan.
Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, ramai usahawan PMKS mempunyai pengetahuan teknologi, namun masih belum mengaplikasikannya dalam perniagaan.
Sehubungan itu, pihaknya kini mengambil inisiatif untuk membantu mempercepatkan proses pendigitalan dalam kalangan peniaga.
"Tapi secara keseluruhannya Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sekarang didirikan di Pulau Pinang khususnya untuk melihat bagaimana ianya boleh membantu untuk menggerakkan lagi dengan lebih laju proses pendigitalan perniaga-peniaga dan industri di Pulau Pinang.
"Tapi secara khususnya ianya lihat kepada menjadi pengantara diantara industri juga kerajaan, masalah-masalah yang wujud, bagaimana kita dapat membantu untuk kita mengatasinya supaya dapat kita lihat pergerakan lebih laju dalam proses reformasi design", katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis 'MDEC Dialogue with Pulau Pinang SMEs: Digital Service Transformation' di George Town.
Jelas beliau, 97 peratus daripada peniaga-peniaga kini terdiri daripada kalangan PMKS.
Kerajaan kini dalam inisiatif bagi memastikan teknolologi pendigitalan diaplikasikan ke dalam perniagaan untuk merancakkan lagi ekonomi negara.