fb fb fb fb fb

Kembara Riuh 2024 KL: Penggiat seni, usahawan kreatif jana hasil jualan RM1.37 juta

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR, 22 Mei- Penggiat seni dan usahawan kreatif berjaya menjana hasil jualan mencecah RM1.37 juta menerusi Kembara Riuh 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Mac lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata jumlah pengunjung juga meningkat 20 peratus daripada sasaran dengan kehadiran lebih 35,000 pengunjung.

Kejayaan tersebut jelas membuktikan program itu menjadi jenama yang dikenali ramai.

"Sasaran kita untuk tahun ini adalah kami ingin mambawa Kembara Riuh ini di tujuh lokasi untuk mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan dan membantu sekurang-kurangnya 2,000 orang penggiat seni dan kreatif.

"Kita berhasrat untuk terus bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan juga terus memberi peluang yang lebih besar kepada vendor-vendor tempatan", katanya kepada RTM selepas menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, Kota Media.

Tambah beliau, Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan melalui MyCreative Ventures juga akan mengadakan Riuh X Hari Belia Negara pada 25 hingga 26 Mei di Dataran Pahlawan, Melaka.

Ia bagi memperkasakan golongan belia dengan memberikan sebanyak mungkin pendedahan, menyebar luas informasi serta menggalakkan penyertaan dalam industri kreatif bagi memacu ekonomi kreatif negara.

ROSLINA BINTI DIN