fb fb fb fb fb

Kembara Mahkota Johor 2023 buka tirai Sabtu ini

(FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

JOHOR BAHRU, 31 Julai - Kembara Mahkota Johor (KMJ) kembali membuka tirainya Sabtu ini selepas tiga tahun tidak diadakan susulan pandemik COVID-19.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini, acara yang dinanti-nantikan Bangsa Johor itu bakal menyaksikan Sultan Ibrahim dan Keluarga Diraja Johor kembali menjelajah ke 10 daerah bertemu rakyat.

"Kali terakhir KMJ diadakan pada 2019. KMJ 2023 akan berlangsung bermula 5 hingga 8 Ogos ini, bakal menyaksikan jelajah pacuan empat roda oleh Keluarga Diraja Johor dengan perjalanan hampir 800 kilometer.

“Ikutilah perkembangan dan aktiviti jelajah KMJ 2023 menerusi laman media sosial Keluarga Diraja Johor,” menurut hantaran itu.

Pada edisi lalu, Sultan Johor telah menunggang motosikal berkuasa tinggi ‘Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike' dan bertemu rakyat Johor di sepanjang perjalanan menjelajahi 10 daerah di negeri ini.


(Sultan Ibrahim menunggang motosikal berkuasa tinggi ‘Harley-Davidson pada edisi KMJ 2019/  BERNAMA)

Media Baharu