Kemasukan kenderaan ke Melaka meningkat lebih 60 peratus sempena Tahun Baharu Cina

Foto RTM

MELAKA, 14 Februari – Aliran trafik masuk ke Melaka meningkat lebih 60 peratus sejak semalam, berikutan permulaan cuti persekolahan serta sambutan Tahun Baharu Cina.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peningkatan trafik lebih 60 peratus sejak semalam disebabkan cuti persekolahan dan sambutan Tahun Baharu Cina.
  • Kawasan pelancongan seperti Banda Hilir mencatat lonjakan ketara jumlah kenderaan.
  • Pihak berkuasa menempatkan pegawai dan anggota trafik di lokasi tumpuan.
  • Langkah itu diambil untuk memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna jalan raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Supt Muhamad Zaki Ramat berkata kawasan pelancongan khususnya sekitar Banda Hilir menunjukkan pertambahan ketara jumlah kenderaan apabila orang ramai mengambil peluang bercuti dan melancong.

Sehubungan itu katanya, pegawai dan anggota trafik telah ditempatkan di lokasi tumpuan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna jalan raya.

“Terdapat peningkatan aliran trafik di negeri Melaka terutama di lokasi-lokasi pelancongan dan bandar-bandar seperti Banda Hilir. Jika kita tengok terdapat peningkatan kenderaan.

“Namun PDRM Melaka melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah mengambil pendekatan awal dengan menempatkan pegawai dan anggota trafik bagi memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas,” katanya ketika ditemui RTM di sini, hari ini.