fb fb fb fb fb

Kemas Terengganu bersedia hadapi Monsun Timur Laut

Pengarah Kemas Terengganu, Dr. Faridah Mat / Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 9 Oktober – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Terengganu telah mengeluarkan arahan dan garis panduan kepada semua kakitangannya sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka melanda bulan depan.

Persediaan turut melibatkan Tabika Kemas yang dikenal pasti paling terkesan dengan banjir.

Pengarah Kemas Terengganu, Dr. Faridah Mat berkata mengikut rekod antara 100 hingga 125 kelas Tabika Kemas rosak teruk akibat banjir tahun lalu yang menjejaskan lebih 3,000 murid di Hulu Terengganu, Besut dan Dungun.

"Kami telah mengingatkan guru-guru agar berjaga-jaga dan memastikan peralatan dinaikkan ke tempat tinggi, terutama di Tabika yang telah dikenal pasti sebagai kawasan 'hotspot' banjir," katanya selepas Majlis Penyerahan BGL Kemas Negeri Terengganu di Kalang Warisan, di sini.

Secara keseluruhan, terdapat 856 Tabika Kemas dengan lebih 18,000 kanak-kanak di seluruh negeri Terengganu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN