fb fb fb fb fb

Kemalangan tujuh kenderaan di PLUS, seorang maut

Salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan laluan arah Selatan di Lebuhraya PLUS

KUALA LUMPUR, 6 April- Seorang pemandu pacuan empat roda maut dalam kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor dalam satu kenyataan berkata,kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta terbabas lalu melintang sehingga membabitkan lima kereta lain dan sebuah bas expres turut terbabas.

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.45 malam tadi di laluan arah Selatan antara Rawang menuju ke Hospital Sungai Buloh.

"Terdapat mangsa lain yang mengalami kecederaan parah telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut," katanya.

Kes disiasat bawah seksyen 41 (1) apj 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Bagaimanapun pihak polis meminta agar saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI