fb fb fb fb fb

Kem Nanosains 2.0 sokong penyelidikan STEM

Sekitar Program Kem Nanosains 2.0 yang dianjurkan oleh UPM bagi mendidik pelajar dalam penyelidikan dan aplikasi nanosains baru-baru ini/ UPM

KUALA LUMPUR, 27 September- Program Kem Nanosains 2.0 anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) bagi mendidik pelajar dalam penyelidikan dan aplikasi nanosains.

UPM dalam satu kenyataan berkata, seramai 49 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 dari sekolah sekitar Selangor berpeluang berinteraksi dengan pakar berkaitan aplikasi berkenaan.

Sementara itu Pengarah ION2 Profesor Ir. Ts. Dr. Suraya Abdul Rashid berkata, program itu menyokong penyelidikan dalam bidang sains untuk memastikan generasi masa kini berkemahiran tinggi dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk pembangunan negara.

"Peserta turut berpeluang membina jaringan dengan pakar dan institusi dalam bidang sains di samping mendidik pelajar untuk menjadi pemimpin dalam bidang sains dan teknologi pada masa hadapan.

"Ini juga merupakan inisiatif universiti awam untuk menyumbang kepada pembinaan modal
insan yang berkualiti tinggi," katanya.

Program itu mendapat kerjasama dengan Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) turut dirasmikan oleh Pemangku Pengarah, Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTl), Ts. Mohd Helme Mohd Helan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI