fb fb fb fb fb

Kelulusan 46 projek, bukti kerajaan serius bangunkan sektor pengurusan air di Sarawak

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof/BERNAMA

KUCHING, 28 April- Kerajaan Persekutuan serius dalam membangunkan sektor pengurusan air di Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia terbukti dengan pelaksanaan 46 projek berkaitan air yang diluluskan untuk negeri itu.

Ia meliputi 33 projek sambungan dan 13 projek baharu dengan kos projek mencecah RM6.01 billion.

"Kerajaan Persekutuan yakin dengan siapnya keseluruhan projek pelbagai skop ini akan dapat mengatasi isu bencana air, mengurangkan risiko hakisan pantai, meningkatkan penyampaian bekalan air dan pembetungan serta memberi impak yang positif kepada penduduk Sarawak", katanya pada Sambutan Hari Air Sedunia peringkat kebangsaan, Petra di Tebingan Kuching, pagi tadi.

Kerajaan katanya sentiasa cakna dengan keperluan Sarawak dalam memastikan kelestarian dalam pelaksanaan projek-projek kerajaan untuk menjamin impak yang maksimum kepada rakyat.

ROSLINA BINTI DIN