fb fb fb fb fb

Keluarga Zaharif lantik peguam, pastikan siasatan telus

FOTO FAIL

IPOH, 17 Disember - Keluarga pelajar lelaki 17 tahun yang maut dilanggar kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru di sini melantik peguam bagi memastikan siasatan kes itu dijalankan secara telus.

Bapa mangsa, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, berkata tujuan keluarganya melantik firma guaman itu juga adalah untuk memastikan nasib Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi terbela.

"Saya lantik peguam ini tujuan saya, saya nak keadilan yang telus sebab saya tahu, kita sekarang sedang berurusan dengan Polis Diraja Malaysia.

"Jadi saya nak keadilan supaya nasib anak saya terbela, supaya ia telus dan tiada selindung-selindung, itu sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Muhd Zamrie berkata beliau meminta supaya suspek disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Saya memang minta Seksyen 302 sebab saya nak ketelusan dari segi... tiada orang pun kata sengaja melanggar, kalau orang itu sengaja melanggar dia memang membunuh, (tetapi) kalau kata dia kemalangan, dia tidak sampai luka, teruk (kecederaan)," katanya.

Jumaat lepas, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 12.40 tengah hari, melibatkan kereta Perodua Ativa yang dipandu suspek berusia 44 tahun serta motosikal jenis Yamaha yang ditunggang pelajar tersebut.

Muhammad Zaharif Affendi meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suspek berpangkat Deputi Superintenden (DSP) dan bertugas di Ibu Pejabat Poilis Kontinjen (IPK) Kedah tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak (HWAM) berkata pihaknya dilantik keluarga tersebut untuk melihat dua perkara iaitu memastikan siasatan yang dibuat adalah secara telus serta memperhalusi tindakan sivil terhadap suspek serta pihak yang terlibat supaya diambil tindakan, termasuk kerajaan dan polis.

"Setakat ini, apa yang kami buat untuk mengumpul segala bahan bukti yang ada dan melihat kembali semua video-video yang dihadapkan kepada kami dan juga mengumpul setiap saksi yang berada di tempat tersebut.

"Insya-Allah dalam dua, tiga hari ini kita dapat kumpul semua ini dan kami akan hadapkan kesemua bukti, pembuktian ini kepada polis agar membantu mereka dalam siasatan dan juga tuntutan kami terhadap siasatan tersebut," katanya.

Ditanya mengenai permohonan keluarga supaya pegawai penyiasat bagi kes berkenaan ditukar, Wan Azmir berkata perkara itu lebih kepada hendak memastikan ketelusan dalam siasatan kes tersebut.

"Dan apa yang diminta oleh kami ialah berkenaan pampasan yang berkait dengan tindakan sivil iaitu kematian arwah ini, supaya kami dapat memastikan pampasan sewajarnya diberikan kepada keluarga arwah," katanya.

Dalam pada itu, abang mangsa, Zarul Fitri, 29, dan kakak Nur Zawanie, 28, berkata mereka memohon dan merayu kepada saksi di tempat kejadian serta pihak yang mempunya rakaman video kejadian itu supaya tampil memberikan bahan bukti bagi membantu siasatan.

Terdahulu, polis berharap mana-mana individu yang mempunyai bukti seperti rakaman papan pemuka (dashcam) kenderaan atau kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kes itu untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihakn

TETITIA YUSOFF