fb fb fb fb fb

Keluarga Diraja Kedah zahir ucapan terima kasih kepada RTM

Foto Facebook Kedah Royal Family

ALOR SETAR, 1 April - Keluarga Diraja Sultan Negeri Kedah menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-78 hari ini.

Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook Kedah Royal Family, Keluarga Diraja Sultan Negeri Kedah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada RTM.

"Selamat Ulang Tahun Radio Televisyen Malaysia ke-78. Terima kasih kerana menjadi wadah penyampai berita serta menceriakan dan menghiburkan seluruh rakyat Malaysia," menurut kenyataan itu.

TETITIA YUSOFF