fb fb fb fb fb

Keluarga Diraja Kedah ucap tahniah kepada Sultan Ibrahim

Tangkap layar hantaran Kedah Royal Family di facebook

ALOR SETAR, 31 Januari- Keluarga Diraja Kedah mengucapkan tahniah atas pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dalam satu hantaran di facebook.

Kedah Royal Family dalam hantaran itu turut mendoakan kesejahteraan Sultan Ibrahim dalam menjalankan pemerintahan.

"Semoga Allah Subhanahu Wata’ala akan sentiasa mencurahkan rahmat, taufik dan hidayahNya kepada Seri Paduka Baginda Tuanku Berdua serta kesihatan yang berterusan agar dapat memerintah di atas singgahsana dengan penuh ketakwaan, kebesaran, kemuliaan dan kedaulatan," menurut hantaran itu.
 
Sultan Ibrahim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2024.
 
Baginda menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menamatkan pemerintahannya, semalam.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI