fb fb fb fb fb

Kelonggaran pakai baju sukan ke sekolah diteruskan bagi sesi 2024- Fadhlina

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek/FOTO RTM

PUTRAJAYA, 19 Januari- Kelonggaran pemakaian baju sukan ke sekolah diteruskan untuk sesi persekolahan 2024/2025, bermula Mac.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata; keputusan dibuat bagi meringankan beban ibu bapa, selain memudahkan mereka membuat persiapan persekolahan lebih awal.

Dalam masa sama perkara itu diputuskan berdasarkan sesi libat urus bersama pihak berkaitan termasuk warga pendidik dan ibu bapa.

"Kementerian Pendidikan memutuskan pakaian sukan di sekolah diteruskan seperti berikut, dua hari pakaian seragam sekolah, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 KPM di sini hari ini.

Surat pekeliling dan makluman lanjut mengenai perkara itu itu akan dikeluarkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri sebelum diedar ke semua sekolah dalam masa terdekat.

Pihak sekolah turut diberi kebebasan untuk menetapkan hari bagi pakaian seragam sekolah, pakaian sukan dan pakaian kokurikulum.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD