
KOTA BHARU, 15 Mac -Kerajaan Kelantan hari ini bersetuju mengisytiharkan 19 Mac (Khamis) ini sebagai Cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri itu sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Keputusan diambil bagi memberi laluan kepada persiapan menyambut Syawal.
- Matlamat termasuk untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.
- Menteri Besar menyeru manfaatkan cuti bersama keluarga; mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata keputusan itu diambil bagi memberi laluan kepada persiapan menyambut Syawal dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.
“Semoga cuti hari kelepasan am ini menjadi peluang berharga untuk dimanfaatkan bersama keluarga tercinta, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin,” katanya dalam satu kenyataan.