fb fb fb fb fb

Kekerapan penerbangan ke beberapa destinasi di Sarawak ditambah

KUCHING, 15 Januari - Kekerapan penerbangan ke beberapa destinasi utama di Sarawak ditambah kepada 562 seminggu selepas mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata dengan pertambahan kekerapan penerbangan itu, JPBN telah mengarahkan semua syarikat penerbangan mengenakan kadar tambang biasa dan lebih rendah.

Kini terpulang kepada syarikat penerbangan untuk memulakan operasi dengan kekerapan penerbangan baharu itu.

Katanya, kebenaran diberi selepas JPBN mengambil kira pelbagai faktor.

"Kini terpulang kepada syarikat penerbangan untuk memulakan operasi dengan kekerapan penerbangan baharu ini. Dengan pertambahan kekerapan penerbangan ini, JPBN telah mengarahkan semua syarikat penerbangan mengenakan kadar tambang biasa dan lebih rendah," katanya dalam satu kenyataan.

Ia termasuk pencapaian Sarawak yang beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara, lebih banyak permintaan penerbangan menjelang perayaan Tahun Baharu Cina dan jumlah kes baharu COVID-19 yang rendah di negeri itu.

Kebenaran itu juga mengambil kira bahawa pengembara antarabangsa yang datang ke Sarawak melalui Semenanjung Malaysia perlu menjalani kuarantin di Kuala Lumpur, selain untuk mempromosikan industri pelancongan Sarawak.

Media Baharu