fb fb fb fb fb

Kejayaan takluk Nenggiri, PM zahir ucapan tahniah

Foto FB PM

KUALA LUMPUR, 18 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa syukur atas kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dalam PRK Dewan Negeri Nenggiri.

Menurut Datuk Seri Anwar dalam kenyataannya di Facebook, ia bukti rakyat Kelantan terima kesepakatan yang terhasil menerusi gabungan Perpaduan.

"Kemenangan ini juga adalah penzahiran kepercayaan rakyat yang semakin menyesuaikan diri dengan gelombang perubahan di bawah Kerajaan MADANI."

"Selaras dengan petanda lonjakan ekonomi negara yang kian mekar sejak akhir-akhir ini," kata Anwar dalam kenyataannya.

Tambahnya, ia juga menjadi suntikan moral bagi kerajaan untuk tekal dalam usaha memelihara kebajikan rakyat serta menjulang kemakmuran negara ke tahap tertinggi.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM