fb fb fb fb fb

Keharmonian kunci utama perkahwinan campur

Meraikan perbezaan fahaman, budaya dan saling menghormati merupakan kunci utama dalam menjaga keharmonian perkahwinan campur / Foto Hiasan / RTM

KUALA LUMPUR, 29 Januari – Meraikan perbezaan fahaman, budaya dan saling menghormati merupakan kunci utama dalam menjaga keharmonian perkahwinan campur.

Bagi pasangan perkahwinan campur Cina dan India-Bidayuh, Shaun Goh Ka Wai dan Abigail Dayang Nathan, perpaduan kaum yang diterap sejak kecil membantu mereka menerima perbezaan antara satu sama lain.

“Kita dah biasa dengar dan alami kepelbagaian budaya sejak di sekolah. Semasa membesar, kita sering berkunjung ke rumah rakan-rakan berlainan kaum dan belajar mengenai pantang larang serta adat mereka.

“Sebagai contoh, apabila pulang ke kampung dan berkunjung ke rumah panjang, saya boleh menikmati hidangan yang disediakan, dan keluarga di kampung merasa gembira. Begitu juga apabila Abigail berada dalam keluarga sebelah India, dia boleh menyesuaikan diri dengan baik, dan ini menggembirakan keluarga ayah saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, Kota Media, di sini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN