fb fb fb fb fb

Keharmonian kaum teras kemakmuran Sarawak

KUCHING, 8 Oktober - Sarawak menghargai keharmonian budaya dan agama kerana ia mampu membentuk negeri yang stabil.

Timbalan Premier, Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian berkata, melalui kestabilan, akan dapat menjamin kemakmuran Sarawak, seterusnya mencapai status negeri berpendapatan tinggi pada 2030. 

"Bagi mengekalkan kemakmuran ini, Sarawak memerlukan masyarakat harmoni, saling menghormati tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa," katanya pada Majlis Sri Jagannath Ratha Yatra-Festival of India ke-14 di sini.

Sementara itu, katanya hasil pendapatan negeri yang tinggi juga dapat memanfaatkan rakyat, seperti memberi pendidikan percuma kepada anak-anak Sarawak yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti menjelang 2026.

(FOTO BERNAMA)

Festival anjuran Persatuan Kesedaran Krishna Antarabangsa, Cawangan Kuching, menyaksikan peserta pelbagai latar belakang dan kepercayaan melakukan perarakan kereta kuda bagi menghormati dewa mereka.

Jelas Datuk Seri Dr. Sim, festival ini melambangkan kepelbagaian budaya di Sarawak dengan warna-warni dan persembahan kaum.

Ia juga melambangkan perpaduan antara kaum, seterusnya membentuk Sarawak Maju Makmur.

Media Baharu